Wednesday, April 20, 2005

 

MENGHADAPI MAULIDUL RASUL

Esok cuti umum kerana mengingati tarikh kelahiran junjungan Nabi Muhamad pada 12 Rabiulawal. Aku sambung cuti dua hari membolehkan aku bersama-sama keluarga sepanjang hujung minggu ini, apatah lagi setelah begitu sibuk dengan acara-acara tugas rasmi dengan Persembahan Keroncong diraja dan Persembahan Zapin Johor sempena sambutan ulang tahun keputraan DYMM Sultan Johor. Banyak cerita belakang tabir, terutama dari segi persiapan, sambutan dan pengisian persembahan. namun alhamdulilllah, segala-galanya berjalan dengan baik. Hal-hal di belakang hanya orang-orang di belakang sahaja yang tahu, yang di depan hanya terima laporan. Kadang-kadang laporan yang diterima tidak lengkap atau sudah cair dengan maklumat-maklumat tambahan yang tidak tepat. Sekadar untuk menyedapkan cerita, atau menghangatkan lagi suasana. Biarlah.
Comments: Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]





<< Home

This page is powered by Blogger. Isn't yours?

Subscribe to Posts [Atom]