Tuesday, July 18, 2006

 

KEPENTINGAN BAHASA

Sejak berkurun manusia mengiktiraf bahasa sebagai wahana komunikasi antara manusia yang penting. Di mana sahaja, bahasa nerupakan alat perantara bagi kita menyampaikan perasaan atau pemikiran dalam bentuk tulisan, lisan atau isyarat. Justeru kemahiran berbahasa perlu dipelajari, dan bukan berserah kepada kudrat semula jadi.

Hal ini menyebabkan banyak idea yang jitu, bernas dan baik kadang-kadang ditolak atau diketepikan begitu sahaja kerana tidak dapat disampaikan dengan menggunakan bahasa yang betul, jelas dan meyakinkan. Sebaliknya, idea yang sederhana dan kurang bermutu kadang-kadang diterima dan diguna pakai kerana dapat disampaikan dengan bahasa yang bermutu.

Kerana itu, jangan pandang remeh dalam penggunaan bahasa bagi menghasilkan komunikasi berkesan. Belajar dan belajarlah menguasai bahasa kita sebaik-baiknya, di samping memperluaskan penguasaan kita dalam bahasa-bahasa asing. Lagi banyak bahasa kita dapat kuasai, lagi luasa perhubungan kita dan lagi bermutu komunikasi kita dengan orang lain.

Di kesempatan ini, aku sertakan sebuah lagi sajak nukilan Khairil Idham sewaktu dia berada di Paris, dengan jodol Berkelana di Eifeel Tower.

BERKELANA DI EIFFEL TOWER

Sang Eiffel mencakari langit biru
megah tegap berdiri kaku
di kakinya betapa ramainya pemuja cinta
konon menyimpul ikatan kasih setia
bersalut dusta dalam manis kata.

Hairannya Sang Eiffel melihat si muda
berkelana bersendirian tanpa ditemani sesiapa
tidak sedetik pun ghairah keindahan sementara
jauh dari tanah Tsar merentasi ruang dan masa
lantas disapa curiga, “Wahai perantau muda...
di manakah pujaan kasih si manja mesra?“

Si muda kaget sapaan sebuah menara
kononnya lambang keajaiban dunia
usianya sahaja lanjut namun tak bermakna
sekadar setia mengongkat langit terbuka
terus menjadi saksi tuli dan buta
merakam angkara manusia durjana.

Lantas berkata si muda remaja
“Wahai Eiffel yang tua bangka!
Sedarkah engkau tingginya langit luasnya dunia?
Tidakkah kaulihat bersamaku ini siapa?“
sang Eiffel terkedua kehilangan kata.

Inilah kekasihku abadi selamanya
Maha Pemurah Maha Pengasih mendampingiku saban masa
meski sampai ke hujung dunia kasih sayang-Nya tulus abadi
biarpun sesekali aku tidak peduli
Dia Arrahman Allahhurabbi
Allahuhabibi.
 

ALLAH TAK WUJUD?

Beberapa hari yang lalu, aku menerima e-mel mengandungi kisah pendek yang menarik. Untuk renungan semua, aku perturunkan e-mel tersebut dalam catatan blog kali ini. Kisalnya seperti berikut:

A MAN WENT TO A BARBER SHOP TO HAVE HIS HAIR CUT AND HIS BEARD TRIMMED. AS THE BARBER BEGAN TO WORK, THEY BEGAN TO HAVE A GOOD CONVERSATION.THEY TALKED ABOUT SO MANY THINGS AND VARIOUS SUBJECTS.

WHEN THEY EVENTUALLY TOUCHED ON THE SUBJECT OF ALLAH, THE BARBER SAID, "I DON'T BELIEVE THAT ALLAH EXISTS."

"WHY DO YOU SAY THAT?" ASKED THE CUSTOMER.

"WELL, YOU JUST HAVE TO GO OUT IN THE STREET TO REALIZE THAT ALLAH DOESN'T EXIST. TELL ME, IF ALLAH EXISTS, WOULD THERE BE SO MANY SICK PEOPLE? WOULD THERE BE ABANDONED CHILDREN? IF ALLAH EXISTED, THERE WOULD BE NEITHER SUFFERING NOR PAIN. I CAN'T IMAGINE A LOVING ALLAH WHO WOULD ALLOW ALL OF THESE THINGS."

THE CUSTOMER THOUGHT FOR A MOMENT, BUT DIDN'T RESPOND BECAUSE HE DIDN'T WANT TO START AN ARGUMENT. THE BARBER FINISHED HIS JOB AND THE CUSTOMER LEFT THE SHOP. JUST AFTER HE LEFT THE BARBER SHOP, HE SAW A MAN IN THE STREET WITH LONG, STRINGY, DIRTY HAIR AND AN UNTRIMMED BEARD. HE LOOKED DIRTY AND UNKEMPT.

THE CUSTOMER TURNED BACK AND ENTERED THE BARBER SHOP AGAIN AND HE SAID TO THE BARBER, "YOU KNOW WHAT? BARBERS DO NOT EXIST."

"HOW CAN YOU SAY THAT?" ASKED THE SURPRISED BARBER. "I AM HERE, AND I AM A BARBER. AND I JUST WORKED ON YOU!"

"NO!" THE CUSTOMER EXCLAIMED.

"BARBERS DON'T EXIST BECAUSE IF THEY DID,THERE WOULD BE NO PEOPLE WITH DIRTY LONG HAIR AND UNTRIMMED BEARDS, LIKE THAT MAN OUTSIDE."

"AH, BUT BARBERS DO EXIST! THAT'S WHAT HAPPENS WHEN PEOPLE DO NOT COME TO ME."

"EXACTLY!"AFFIRMED THE CUSTOMER. "THAT'S THE POINT! ALLAH, TOO, DOES EXIST! THAT'S WHAT HAPPENS WHEN PEOPLE DO NOT GO TO HIM AND DON'T LOOK TO HIM FOR HELP. THAT'S WHY THERE'S SO MUCH PAIN AND SUFFERING IN THE WORLD."

Sekarang, fikir-fikirkan. Buka mata, buka telinga, buka minda dan buka hati. Allah Maha Penyayang. Allah Maha Pengasih.

Thursday, July 13, 2006

 

LAGI TENTANG JATI DIRI JOHOR

Aku teringat beberapa tahun dahulu seorang penulis mempersoalkan pertukaran nama sebuah sekolah menengah di Batu Pahat kepada Sekolah Menengah Datin Onn. Siapakah Datin Onn itu, soalnya. Adakah dia seorang kedi (pondan)? Kenapa tidak terus dinamakan Sekolah Menengah Datin Halimah?

Aku teringat hal ini kerana hari ini seorang teman mengirim e-mel bertanya tentang penggunaan gelaran Dato' bagi mereka yang menerima kurniaan darjah kebesaran negeri atau negara. Apakah gelaran yang perlu diberikan kepada suami bagi isteri yang dianugerahi Dato'? Kalau isteri Dato' bergelar Datin, adakah suami Dato' bergelar Daton? Katanya lagi, kalau Daton itu terus berjasa, maka dia akan digelar Katon pula?

Di negeri Johor, Tidak ada sebarang kekeliruan tentang gelaran tersebut. Rajanya tidak menganugerahi Dato' kepada perempuan. Kalau yang menerima anugerah itu perempuan, maka si penerima digelar Datin Paduka. Tiada sebarang gelaran untuk suami (sebab ego lelaki tinggi dan malu kalau dia menumpang kejayaan seorang perempuan, walaupun perempuan itu isterinya.) Kalau suaminya yang menerima, maka gelaran Datin diberikan kepada isteri, dan gelaran itu disandarkan kepada nama suami. Misalnya, isteri Dato' Ismail akan dipanggil Datin Ismail. Penggunaannya seperti yang sering dipakai oleh orang Barat, yang membahasakan isteri aku misalnya dengan panggilan Mrs. Ismail. Jadi, tidak hairan dan tidak salah apabila nama Datin Onn digunakan.

Justeru, kalau jati diri itu dikaitkan dengan sesuatu yang unik dan istimewa pada seseorang atau sesuatu bangsa atau sesuatu negeri, adakah penggunaan Datin dan Datin Paduka yang khusus di negeri Johor ini sebagai jati diri Johor? Aku tidak pasti.

Yang pasti, aku adalah datuk kepada cucu-cucuku. Tetapi untuk mengelakkan daripada disalah anggap sebagai orang yang menerima gelar Dato', maka cucu-cucuku memanggil aku "yai", yang bermakna "datuk" dalam bahasa Jawa. Adakah ini jati diri aku sebagai oranag Melayu keturunan Jawa? Aku teringat sajak "Melayu" hasil karya Dato' Usman Awang.

Tunggu Yayasan Warisan Johor dan Majlis Kebudayaan Negeri Johor mengadakan seminar tentang jati diri Johor.

Wednesday, July 12, 2006

 

JATI DIRI JOHOR

Seharian di Hotel M Suite, Johor Bahru dalam sesi percambahan fikiran tentang jati diri Johor. Banyak input yang dikemukakan oleh Profesor Madya Dr. Noriah Mohamed, Nisah Haron dan Fadzil Abdullah tentang tajuk tersebut unutk diperbincangkan bersama. Sebelum bersurai ada jam 4.30 petang, ahli mesyuarat seramai 20 orang itu bersetuju supaya satu seminar diadakan dalam masa yang terdekat. YB Samsol Bari Jamali yang mempengerusikan sesi itu nampaknya berpuas hati dengan hasil mesyuarat. Cuma selepas ini, kenalah bergerak dengan agenda kerja. Sepatah kata Haji Ahmad Yusop, Setiausaha Politik MB Johor, "Kita kena terus bekerja. Jangan risaukan halangan. Terus bergerak."

Tuesday, July 11, 2006

 

ANAKKU

Aku tidak pernah menyangka seorang anakku yang kini sedang menuntut dalam bidang perubatan di Russia mempunyai bakat dalam bidang penulisan, terutama sajak. Memang dia tidak pernah memamerkan bakatnya sebelum ini, kecuali setelah tiga tahun berada di perantauan. Baru-baru ini aku singgah di blognya dan catatan terbarunya ialah sebuah sajak dengan jodol Di Jendela Ini. Aku perturunkan sajak tersebut di sini:

DI JENDELA INI

Di jendela ini

aku sendiri menanti menjelangnya malam
sunyi kurasa kehilangan semua orang
kerana aku jauh di perantauan
di mana hendak kusandarkan harapan
kecuali doa restu sepanjangan.


Di jendela ini
kuhiburkian hati yang pilu bimbang
satu demi satu teman-teman menghilang

semakin jauh meninggalkan bayang
pulang ke tanah air tersayang.

Di jendela ini
Shremetyevo memanggilku
memberi khabaran Charles de Gaules

memintaku lekas bergegas
mengusung segenap bagasi hikmah

kelak nanti Waterloo menjadi berang
dik kealpaan khayal pesona indahnya senja
lewat jendela yang luas terbuka.

Aku segera sedar hakikat nyata
kehadiranku bukan sekadar berkelana
tetapi menggenggam anamat bangsa
di kerajaan Charles ini biar kutakluk

kubuktikan lelaki ini bukan sebarangan
walau jauh di mana hatta di jendela ini
aku tetap mara dan berjaya.

KHAIRIL IDHAM ISMAIL

Kini aku menanti kehadirannya pulang bercuti pada 21 Julai ini dan akan berada di tanah air hingga 2 September. Kelmarin dia menelefon aku mengatakan dia kini berada di Paris dalam perjalanan ke UK meraikan seorang temannya dalam konvokesyen. Selepas itu dia akan kembali ke Moscow sebelum bertolak pulang ke tanah air melalui Kerachi. Katanya, di Malaysia dia terlibat menganjurkan Summer Camp kelolaan Persatuan Perubatan Malaysia Cawangan Russia yang dia telah dipilih menjadi pengerusinya. Dia juga memberitahu bahawa pihak JPA akanmengadakan perjumpaan antara JPA dengan pelajar-pelajar tajaananya pada akhir bulan Julai ini. Semoga dia selamat.

This page is powered by Blogger. Isn't yours?

Subscribe to Posts [Atom]