Tuesday, November 15, 2005

 

ASPERASI DAN INSPERASI DATO' ONN

Kini banyak orang - kecil besar, tua muda - menanjungi Mawi, satu nama yang tiba-tiba gah dalam persada seni hiburan di Malaysia. kemunculan namanya yang secara tiba-tiba dan meledak besar merupakan satu fenomina yang luar biasa. Sejarah hampir 60 tahun yang lalu dengan kemunculan Dato' Onn kini berulang kembali rupanya.

Tidak ada siapa yang boleh menyanggah imej tersendiri Dato' Onn yang memukau. Dia timbul secara tiba-tiba sebagai pejuang tulen dari Johor yang kemudiannya menjurai persada perjuangan di peringkat kebangsaan.

Dalam lipatah sejarah, Dato' Onn dicanang sebagai tokoh ternama. Dia mempunyai daya kebijaksanaan, ketahanan, ketabahan, kesungguhan, keazaman dan jati diri yang tinggi.Tetapi sejauh manakah asperiasi dan insperasi Dato' Onn itu sudah kita terjemahkan ke dalam budaya hidup dan arutin pemikiran kita hari ini?

Sebenarnya Dato' Onn adah pengasas kelahiran sebuah negara bangsa Malaysia. Dia bagai seorang pelukis yang melakarkan peta perjalanan masa hadapan Malaysia. Apa yang dilbuat oleh pemimpin-pemimpin selepasnya adalah melakukan perjalanan mengikut peta yang telah disediakan oleh Dato' Onn. Segala-galanya sudah diatur dengan jelas dan kemas.

Tan Siew Sin, Menteri Kewangan Tanah Melayu yang pertama pernah berkata, "Kesilapan beliau (Dato' Onn), kalau perkataan ini tepat saya gunakan ialah kerana beliau telah memikirkan sesuatu yang lebih jauh daripada masa hidupnya. Saya tidak ragu-ragu masa akan mengesahkan pandangan jauhnya itu; mewujudkan sebuah parati politik berbilang kaum di negara ini."

Sebenarnya pandangan jauh dato' Onn tidak terbatas dalam bidang politik. Dia berpandangan jauh dalam banyak hal - politik, ekonomi, pendidikan, agama, kebudayaan dan sebagainya.

Tun Mahathir turut menyanjung Dato' Onn dengan mengatakan. Hanya dato' Onn sahaja yang dapat dianggap sebagai pejuang Melayu yang pertama memimpin perjuangan negara menentang British ... kerana beliaulah UMNO ditubuhkan, dan disebabkan UMNO kita berjaya menentang Malayan Union dan akhirnya mencapai kemerdekaan. Ternyata Dato' Onn bertanggungjawab di atas kemerdekaan negara kita dan kita perlu ingat dan menghargai jasanya setiap masa."

Apa yang perlu kita buat? Kita tidak sepatutnya sekadar mengingatinya semata-mata. Kita perlu bertindak menterjemahkan segala ciri positif dato' Onn ke dalam aktiviti-aktiviti penyelidikan, penulisan, penerbitan, latihan, pendidikan, pengeluaran produk, persembahan dan peragaan dalam bidang siasah, agama, sejarah, sosio-budaya, ekonomi, kebudayaan dan lain-lain secara terancang dan berterusan.

Kalau tidak kita, siapa lagi? Marailah kita bugar dan rungkai akar tradisi, sejarah, warisan dan perjuyangan Dato' Onn bagi mengukuhkan jati diri kita sebagai negara bangsa yang berjaya.

Kalau tidak kita, siapa lagi?


Comments:
Dato' Onn adalah tokoh sejarah yg paling sy minati dan kagumi. Tidak terbyg bagaimana Dato' Onn boleh menyatukan seluruh anak melayu yg ketika itu masih bertunjangkan akar negeri masing2 sehingga boleh mebentuk satu suara iaitu suara bangsa tanah melayu. dialah tokoh utama negara, tetapi anak muda sekarang tidak kenal jasa dan perjuangannya.
 
Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]





<< Home

This page is powered by Blogger. Isn't yours?

Subscribe to Posts [Atom]