Friday, January 06, 2006

 

MASIH BELUM TERLAMBAT

Kehidupan diri adalah penting. Ia bagaikan cop jari yang unik dan tersendiri. Ia berbeza antara seorang dengan seorang yang lain. Ia mengandungi masa-masa berharga yang tidak sepatutnya dibenarkan berlalu begitu sahaja. Tetapi berapa ramai orang seudah menuliskan kisah kehipan dirinya? Aku sendiri sudah mencapai usia emas masih belum upaya menuliskan kisah kehidupanku.

Pakar-pakar perubatan mengiktiraf bahawa aktiviti kreatif boleh pesakit-pesakit berumur merupakan satu trepi yang baik. Penulisan adalah aktiviti intelektual yang penuh dengan imeginasi, inisiataf dan keinginan. Ia menawarkan aktiviti yang sihat, menarik, menyeronokkan dan menggairahkan bagi orang-orang yang berumur.

Hasil penulisan kehidupan diri bukan sekadar akan menjadi satu rekod yang mungkin penting untuk masa hadapan. Ia bukan sekadar menjadi sebahagian daripada sejarah keluarga. Ia menjadi sebagai satu budaya penting dalam kehidupan, iaitu budaya merekod dan berkongsi ilmu.

Baik orang besar mahupun orang kecil, baik orang bernama ataupun tidak bernama, baik orang terkenal ataupun tidak terkenal, tulislah kisah kehidupanmu sekarang. Mungkin satu hari nanti anakmu atau cucumu menjadi seorang Perdana Menteri, kisah kehidupannya sebagai keluarga miskin penoreh getah sudah pasti menjadi amat bermakna untuk melengkapkan kisah hidup anakmu atau cucumu.

Kata orang, "Never too busy and never too late." Aku berhasrat untuk melengkapkan penulisan kisah kehidupanku dengan kehadiran tahun 2006 ini. Ya, masih belum terlambat ...

Comments:
Assalamualaikum,
Penulisan, kreativiti adalah terapi minda yang unik. Ahli akademik dan pemikir adalah antara orang-orang awet muda, hihi.
Betapa banyak pemimpin yang di penjara tapi dapat meneruskan perjuangan mereka setelah bebas (cont Nelson Mandela).
Penulisan juga boleh dijadikan medan untuk menyebar ilmu, juga berkongsi ilmu.
Selamat menulis.
 
Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]





<< Home

This page is powered by Blogger. Isn't yours?

Subscribe to Posts [Atom]