Friday, January 27, 2006

 

MENGIMBAU SEJARAH

Hari ini aku mengimbau sejarah lama. Melihat semula gambar ini yang dirakamkan pada tahun 1994 menunujukkan aku bersama-sama isteriku dan tujuh orang anak kami, aku merasa amat bersyukur. Hari ini, 12 tahun selepas tahun tersebut, keluargaku semakin bertambah besar dengan kehadiran tiga orang menantu dan tiga orang cucu. Tiga orang anakku sudah bekerja, dan empat orang masih belajar termasuk seorang di peringkat sekolah menengah. Tiga orang lagi di IPTA.

Aku juga amat bersyukur, selepas bersara wajib dalam perkhidmatan awam, kerajaan masih menerima khidmatku hingga kini walaupun secara kontrak tahun demi tahun. Aku juga bersyukur dikurniai Allah bukan sahaja dengan rezeki yang bertambah, tetapi juga dengan kesihatan yang dapat dibanggakan sebagai seorang yang bergelar warga emas.

Hari ini, mengambil kesempatan majlis membudayakan Al-Quran, bacaan doa selamat dan kesyukuran turut diadakan sebagai tanda berterima kasih dan bersyukur atas segala nikmat yang diberikan oleh Allah kepadaku sekeluarga. Muga-muga Allah sentiasa melindungi dan memberkati kami dengan taufek hidayah-Nya. Hari ini juga hari terakhir bagi Tuan Haji Jama Johan sebagai Pengarah. Muga-muga Allah juga melindunginya dengan kejayaan dan kebahagiaan.
Comments:
terus berusaha
 
Siapa pengarah YWJ yang baru, Tn Haji?

- Nisah Haron -
Seremban
e-mel : nisah.haron@gmail.com
 
Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]





<< Home

This page is powered by Blogger. Isn't yours?

Subscribe to Posts [Atom]