Thursday, February 09, 2006

 

KASIHILAH ANAK MUDA

Sewaktu orang lain merasa risau dengan kehadiran anak-anak muda Melayu yang hilang jati dirinya, yang lupa daratan, yang terjebak dengan gejala sosial, yang terdorong ke kancak maksiat, aku temui di alam maya banyak anak muda Melayu yang berwawasan, yang dedikasi, yang bersopan santun, yang kreatif dan inovatif serta mempunyai jati diri yang kukuh. Kunjungilah pelbagai blog anak-anak muda ini, anda akan ketemu dengan hakikat yang aku nyatakan. Terima kasih kepada anak-anak muda yang menyediakan blog positif masing-masing. Mereka merangkai jalinan kemesraan dan keilmuan melalui alam maya. Aku sendiri dapat banyak ilmu dan belajar.

Aku yakin sekiranya kerja-kerja seni mereka, dedikasi mereka, pengorbanan mereka dan gagasan bestari mereka diterima, dihargai dan diiktiraf oleh orang-orang tua seperti saya, kita upaya mewujudkan generasi Melayu yang cemerlang, gemilang dan terbilang seperti yang diharapkan oleh Pak Lah. Dekati mereka dan kasihi mereka. Mereka adalah aset yang paling berharga untuk bangsa kita.

Mereka bukan anak muda yang banyak kerinah. Mereka cuma ingin mereka difahami. Itu sahaja. Malangnya orang-orang tua seperti aku sering lebih gemar mencari kesilapan dan kesalahan mereka. Lebih malang mereka juga tidak rajin mengemaskinikan ilmu, terutama dari segi perkembangan teknologi maklumat. Seorang wakil wakyat yang aku hantar SMS supaya mengunjungi blog aku menjawab ringkas, "Tak faham." Dalam hati aku berkata, sebenarnya dia tidak faham atau dia tidak tahu. Kunjungilah isbiha.blogdrive.com, onnjaafar.blogspot.com, dan warisanjohor.blogspot.com. Di situ aku melepaskan suara hatiku.

Hari ini hari asyura dan antara lain kita sunat berpuasa.
Comments:
salam pak mail,

tidak dinafikan penyebab anak muda selalu dipandang serong kerana media selalu menonjolkan gol yang itu. hakikatnya, ramai anak muda yg bergagasan, cuma mereka ini tidak menarik utk ditonjolkan media.tidak sensasi maka tidak mandtgkan duit.
 
hehehe lain kali katakan saja di situ ada DUIT ... baru dia faham.
 
Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]





<< Home

This page is powered by Blogger. Isn't yours?

Subscribe to Posts [Atom]