Sunday, June 25, 2006

 

KEGAGALAN ADALAH SATU PERJALANAN

Pakar-pakar motivasi sering mengungkapkan bahawa kegagalan itu bukan satu perhentian, tetapi adalah satu perjalanan. Ia memberikan kita masa untuk menarik nafas panjang mengimbau kembali apakah faktor yang menghalang perjalanan kita agar kita dapat menyusun strategi semoga perjalanan selanjutnya berjalan lancar.

Aku teringat satu peribahasa Jepun yang pernah diungkapkan oleh seorang dalam blognya yangberbunyi: Pertemuan itu adalah satu permulaan satu perpisahan. Aku tertarik kepada peribada itu kerana secara tersirat ia mengungkapkan tentang kualiti. Kita mesti sentiasa berganjak dari satu perhentian kepada perhentian lain yang lebih baik dan selesa. Kita perlu terus berganjak dari zon selesa untuk terus mencapai kualiti dan membina kecemerlangan. Ertinya, kita perlu melakukan penambahbaikan yang berterusan.
Comments: Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]





<< Home

This page is powered by Blogger. Isn't yours?

Subscribe to Posts [Atom]