Tuesday, July 18, 2006

 

KEPENTINGAN BAHASA

Sejak berkurun manusia mengiktiraf bahasa sebagai wahana komunikasi antara manusia yang penting. Di mana sahaja, bahasa nerupakan alat perantara bagi kita menyampaikan perasaan atau pemikiran dalam bentuk tulisan, lisan atau isyarat. Justeru kemahiran berbahasa perlu dipelajari, dan bukan berserah kepada kudrat semula jadi.

Hal ini menyebabkan banyak idea yang jitu, bernas dan baik kadang-kadang ditolak atau diketepikan begitu sahaja kerana tidak dapat disampaikan dengan menggunakan bahasa yang betul, jelas dan meyakinkan. Sebaliknya, idea yang sederhana dan kurang bermutu kadang-kadang diterima dan diguna pakai kerana dapat disampaikan dengan bahasa yang bermutu.

Kerana itu, jangan pandang remeh dalam penggunaan bahasa bagi menghasilkan komunikasi berkesan. Belajar dan belajarlah menguasai bahasa kita sebaik-baiknya, di samping memperluaskan penguasaan kita dalam bahasa-bahasa asing. Lagi banyak bahasa kita dapat kuasai, lagi luasa perhubungan kita dan lagi bermutu komunikasi kita dengan orang lain.

Di kesempatan ini, aku sertakan sebuah lagi sajak nukilan Khairil Idham sewaktu dia berada di Paris, dengan jodol Berkelana di Eifeel Tower.

BERKELANA DI EIFFEL TOWER

Sang Eiffel mencakari langit biru
megah tegap berdiri kaku
di kakinya betapa ramainya pemuja cinta
konon menyimpul ikatan kasih setia
bersalut dusta dalam manis kata.

Hairannya Sang Eiffel melihat si muda
berkelana bersendirian tanpa ditemani sesiapa
tidak sedetik pun ghairah keindahan sementara
jauh dari tanah Tsar merentasi ruang dan masa
lantas disapa curiga, “Wahai perantau muda...
di manakah pujaan kasih si manja mesra?“

Si muda kaget sapaan sebuah menara
kononnya lambang keajaiban dunia
usianya sahaja lanjut namun tak bermakna
sekadar setia mengongkat langit terbuka
terus menjadi saksi tuli dan buta
merakam angkara manusia durjana.

Lantas berkata si muda remaja
“Wahai Eiffel yang tua bangka!
Sedarkah engkau tingginya langit luasnya dunia?
Tidakkah kaulihat bersamaku ini siapa?“
sang Eiffel terkedua kehilangan kata.

Inilah kekasihku abadi selamanya
Maha Pemurah Maha Pengasih mendampingiku saban masa
meski sampai ke hujung dunia kasih sayang-Nya tulus abadi
biarpun sesekali aku tidak peduli
Dia Arrahman Allahhurabbi
Allahuhabibi.
Comments:
Tersentak juga saya apabila ada orang yang amat tahu tentang sastera jibunsyi!
 
Tersentak juga saya apabila ada orang yang amat tahu tentang sastera jibunsyi!
 
sajak yg indah daripada seorang anakanda
 
Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]





<< Home

This page is powered by Blogger. Isn't yours?

Subscribe to Posts [Atom]