Tuesday, November 20, 2007

 

AKU BERSYUKUR

Kehadiran peserta dalam Forum Integriti dan seterusnya Majlis Pelancaran Pelan Integriti Nasional (PIN) Peringkat Negeri Johor pada 17 November yang lalu amat menggalakkan dan di luar dugaan. Dewan Jubli Intan, Johor Bahru melimpah ruah dengan peserta meliputi pelbagai lapisan masyarakat dalam berbagai-bagai status dan kedudukan - wakil rakyat, ketua jabatan, penghulu, ketua kampung, pemimpin masyarakat dan lain-lain.

Memang sejak awal lagi kerisauan penganjur majlis ini ialah kehadiran peserta. Perama, majlis ini dijalankan pada hari Sabtu, hari cuti am. Kedua, majlis ini dibuat pada waktu petang. Ketiga, peserta instant daripada kalangan warga pendidikan di sekolah tidak dapat digunakan kerana percutian sekolah sudah bermula. Keempat, lazimnya pada hujung minggu cuti sekolah serupa ini, majlis perkahwinan banyak diadakan di mana-mana.

Namun kegusaran bertukar menjadi kegembiraan apabila majlis itu berjalan dengan lancar dan kehadiran peserta begitu membanggakan. Sayangnya YAB Mentri Besar Johor dan YB Setiausaha Kerajaan Johor yang sepatutnya menjadi tetamu kehormat tidak dapat hadir pada saat-saat akhir, menyebabkan YB Tuan Haji Ahmad Zahri Jamil dan YB Datin Paduka Zainon Yusof menjadi wakil-wakil rasmi mereka.

Aku bersyukur ... Perjalanan sejauh lebih 120 kilometer ke Endau, Mersing selepas jam 6.00 pada hari itu tidak terasa jauh. Dan tidak juga terasa penat. Terima kasih kepada isteri dan Izza serta kawannya Fatin yang menemani aku sepanjang perjalanan dalam hujan dan menjelang malam itu.

Sampai di Hotel Seri Malaysia, Tanjung Gemok jam 9.00 malam, dan terus mengambil makan malam di hotel sambil menunggu kedatangan sepupuku Ishak untuk berunding hal keluarga.
Comments: Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]





<< Home

This page is powered by Blogger. Isn't yours?

Subscribe to Posts [Atom]