Sunday, November 25, 2007

 

ISMAIL BIN HAJI ADNAN

MERANGKAI KATA

Assalamualaikum w.w.

Pada hari ini, ayah saya tidak merangkai kata. Pada hari ini, saya anaknya yang kedua cuba untuk merangkai kata bagi pihaknya. Pada hari ini dan hari-hari seterusnya, ayah saya tidak akan mengemas kini lagi blog ini.

Ayah, saya Ismail Haji Adnan telah kembali ke rahmatullah pada Hari Jumaat, 23 November 2007, 9 pagi, di biliknya di Johor. Beliau telah dikebumikan di Seremban semalam pada jam 8 pagi.

Saya tidak pasti berapa ramai orang melewati blog Ayah. Saya sendiri hampir setiap hari membacanya. Dari sinilah Ayah menasihati dan menegur saya secara tidak langsung. Melalui peulisan Ayah juga saya mendapat sumber inspirasi. Namun demikian, semua ini tidak mungkin akan berlaku lagi.

Saya ingin mengambil kesempatan ini bagi pihak Ayah saya, memohon maaf jika Ayah ada melakukan kesalahan atau kesilapan kepada mana-mana pihak. Jika dia mempunyai hutang yang belum dilangsaikan, saya berharap pihak yang berkaitan dapat menghubungi keluarga kami. Tapi, jika Ayah saya berhutang kerja, tidak dapatlah saya atau ahli keluarga melunaskannya. Harap maaf banyak-banyak, kami tidak sehebat dia.

Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas rohnya.

Sekian, terima kasih.

Khairolin Ismail
bagi pihak keluarga Ismail Haji Adnan
Comments: Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]





<< Home

This page is powered by Blogger. Isn't yours?

Subscribe to Posts [Atom]