Friday, January 27, 2006
MENGIMBAU SEJARAH

Aku juga amat bersyukur, selepas bersara wajib dalam perkhidmatan awam, kerajaan masih menerima khidmatku hingga kini walaupun secara kontrak tahun demi tahun. Aku juga bersyukur dikurniai Allah bukan sahaja dengan rezeki yang bertambah, tetapi juga dengan kesihatan yang dapat dibanggakan sebagai seorang yang bergelar warga emas.
Hari ini, mengambil kesempatan majlis membudayakan Al-Quran, bacaan doa selamat dan kesyukuran turut diadakan sebagai tanda berterima kasih dan bersyukur atas segala nikmat yang diberikan oleh Allah kepadaku sekeluarga. Muga-muga Allah sentiasa melindungi dan memberkati kami dengan taufek hidayah-Nya. Hari ini juga hari terakhir bagi Tuan Haji Jama Johan sebagai Pengarah. Muga-muga Allah juga melindunginya dengan kejayaan dan kebahagiaan.
Monday, January 23, 2006
ANAK DAN CUCU

Sunday, January 22, 2006
MERANGKAI KEPIMPINAN

Kita selalu mendengar orang berkata bahawa pembangunan kepimpinan adalah merupakan pelaburan jangka panjang. Hasilnya tidak dapat dilihat secara serta merta kerana pembangunan kepimpinan berhadapan dengan proses yang kompleks. Tanggapan ini mungkin kurang tepat. Sebenarnya pembangunan kepimpinan harus dilihat dari sudut yang bertentangan. Anda sepatutnya dapat melihat hasil pembangunan kepimpinan ini serta merta. Sekiranya anda gagal melihat hasilnya dengan cepat, anda mungkin tidak dapat melihatnya langsung. Anda lebih baik terus sahaja tidur atau pura-pura berdiri sambil bersandar berfikir panjang.
Orang yang tidur tidak akan menyusahkan orang lain kecuali jika dia mendengkur - terlalu kuat dengkurnya sehingga orang di sebelah tidak dapat tidur.
Friday, January 20, 2006
TERKENANG SEMASA DULU

Gambar keluarga semasa majlis perkahwinan Khairil Iszuddin dengan Zamzarina pada tahun 2004. Dalam gambar ini, hanya seorang ahli keluarga tidak kelihatan iaitu Khairil Idham kerana berada di Moscow melanjutkan pelajarannya. Khadijatul Ismalasari juga belum mendirikan rumah tangga. Kini pasangan ini sudah dikurniai seorang puteri bernama Noor Iman Amani, berusia 10 bulan.
Pada sambutan Hari Raya Aidil Adha yang lalu, semua ahli keluarga dapat berkumpul, termasuk Khairil Idham yang bercuti sebulan dari pengajiannya. Suasana menjadi riuh rendah dan meriah dengan kehadiran tujuh orang anak, dua orang menantu lelaki, seorang menantu perempuan dan tiga orang cucu.
Maka sahlah aku dengan panggilan datuk, satu anugerah yang tidak ada siapa boleh tarik balik.
Friday, January 13, 2006
BERKORBAN APA SAJA
Dua hari yang lalu kita merayakan Hari Raya Aidil Adha. Buat pertama kali sejak tiga tahun yang lalu, semua ahli keluarga dapat berkumpul sama menyambut hari yang mulia ini. Khairil Idham sengaja balik bercuti sebulan dari Moscow menyebabkan suasana hari 10 Januari itu meriah, lebih-lebih lagi dengan kehadiran dua orang menantu lelaki, seorang menantu perempuan dan tiga orang cucu. Keriuhan dan kemeriahan sungguh terasa. Hingga aku sendiri terlupa bahawa esoknya, 11 Januari (sama dengan tarikh kelahiran Siti Nurhaliza Taharuddin) merupakan ulang tahun kelahiranku. Nasib baik isteri dan anak-anak mengingatkan melalui ucapan mereka. Syukur, Allah masih memanjangkan usiaku dengan kesihatan yang memadai sebagai seorang warga emas.
Selepas sembahyang sunat Aidil Adha, ibadat korban dijalankan di masjid. Tujuh ekor lembu menjadi korban. Ibadat ini merupakan amalan sunat yang dituntut sebagai memperingati dan menghayati erti pengorbanan tiga orang tokoh utama dalam sejarah Islam - Nabi Ibrahim bersama isterinya Siti Hajar dan anaknya Ismail. Kalau dibandingkan, betapa jauh bezanya pengorbanan mereka dengan pengorbanan kita kini.
Dalam keriuhan dikelilingi isteri, anak-anak dan cucu-cucu, aku merasa kesepian mengenangkan dan menginsafi sejauh mana sudah aku berkorban untuk keluargaku, masyarakatku, bangsaku, agamaku dan negaraku.
Sepotong senikata lagu nyayian Allahyarham P. Ramlee, "Berkorban apa saja, harta ataupun nyawa ..." Upayakah aku berbuat demikian? Demikian aku terasa amat kerdil.

Friday, January 06, 2006
MASIH BELUM TERLAMBAT
Kehidupan diri adalah penting. Ia bagaikan cop jari yang unik dan tersendiri. Ia berbeza antara seorang dengan seorang yang lain. Ia mengandungi masa-masa berharga yang tidak sepatutnya dibenarkan berlalu begitu sahaja. Tetapi berapa ramai orang seudah menuliskan kisah kehipan dirinya? Aku sendiri sudah mencapai usia emas masih belum upaya menuliskan kisah kehidupanku.
Pakar-pakar perubatan mengiktiraf bahawa aktiviti kreatif boleh pesakit-pesakit berumur merupakan satu trepi yang baik. Penulisan adalah aktiviti intelektual yang penuh dengan imeginasi, inisiataf dan keinginan. Ia menawarkan aktiviti yang sihat, menarik, menyeronokkan dan menggairahkan bagi orang-orang yang berumur.
Hasil penulisan kehidupan diri bukan sekadar akan menjadi satu rekod yang mungkin penting untuk masa hadapan. Ia bukan sekadar menjadi sebahagian daripada sejarah keluarga. Ia menjadi sebagai satu budaya penting dalam kehidupan, iaitu budaya merekod dan berkongsi ilmu.
Baik orang besar mahupun orang kecil, baik orang bernama ataupun tidak bernama, baik orang terkenal ataupun tidak terkenal, tulislah kisah kehidupanmu sekarang. Mungkin satu hari nanti anakmu atau cucumu menjadi seorang Perdana Menteri, kisah kehidupannya sebagai keluarga miskin penoreh getah sudah pasti menjadi amat bermakna untuk melengkapkan kisah hidup anakmu atau cucumu.
Kata orang, "Never too busy and never too late." Aku berhasrat untuk melengkapkan penulisan kisah kehidupanku dengan kehadiran tahun 2006 ini. Ya, masih belum terlambat ...

Subscribe to Posts [Atom]